Monday, January 30, 2012

macamana nak beza kan air mineral dan air minuman

Kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua macam mana hendak membezakan antara air mineral semulajadi dan air minuman yang disuling. Ramai yang keliru dengan perbezaan jenama air mineral yang berada dipasaran. Saya sendiri pada mulanya tidak tahu mana satu hendak dipilih. Cuma saya ada beberapa jenama yang menjadi kegemaran saya berdasarkan deria rasa dihujung lidah saya.
Air mineral yang 'sedap' diminum itulah menjadi pilihan saya kerana pada mulanya saya menganggap semua air mineral mengandungi kandungan mineral yang sama. Tetapi itu bukannya cara yang baik untuk memilih air mineral. Bayangkanlah jika air yang berisipadu 1500ml dijual dengan RM2.00 padahal pengilang air tersebut hanya mengambil air paip dan membotolkannya sebagai air mineral. Tentu wang yang anda belanjakan tidak berbaloi.
Sebelum itu, anda harus tahu apakah itu air mineral dan air minuman yang saya maksudkan. Air mineral adalah air yang diperolehi dari bawah tanah, dipam naik dan akan melalui proses penyulingan. Kemudian, air itu akan dibotolkan. Air ini mengandungi beberapa sumber mineral dari dalam tanah. Proses penyulingan ini akan memalui beberapa langkah bertujuan untuk membuang kuman dan bahan-bahan asing. Ianya boleh dikenali dengan warna PENUTUP BOTOL YANG BERWARNA (biru, hijau atau warna lain selain warna putih).
Manakala, air minuman pula adalah air paip yang disuling. Dalam proses penyulingan beberapa elemen mineral ditambah pada air paip. Setelah menjalani proses pembersihan untuk menghilangkan bakteria dan bahan kimia dalam air, kandungan mineral juga turut berkurangan. Ianya boleh dikenali dengan warna PENUTUP YANG BERWARNA PUTIH.
Ini adalah perbezaan yang telah dipersetujui oleh semua pembekal dan persatuan pembuat air botol minuman di Malaysia. Sekiranya ada botol air minuman lain selain yang berada dipasaran, misalnya air minuman Syarikat MLM DCL tu..itu berkemungkinan lain sebab ianya ditambahkan dengan Oksigen..lagipun, syarikat ni menjual alat penapis untuk menghasilkan air minuman tersebut kan..belum mencubanya tetapi ada yang cakap bagus..
Bagaimana pula dengan air minuman RO atau Reverse Osmosis? Jika dibotolkan, penutupnya adalah berwarna putih cuma yang membezakannya dengan air minuman suling ialah tertera pada botol RO Water atau Air Osmosis Berbalik. Kalau anda menggunakan mesin air minum reverse osmosis dirumah, saya lebih mengesyorkan penggunaan mesin ini..lebih terjamin kerana anda sendiri yang menyelenggaranya..
Walaubagaimanapun, terpulang kepada anda memilih air minuman yang anda minum..sekadar berkongsi pengetahuan dengan anda semua...pilihlah dengan bijak!.. :)

Saturday, December 24, 2011


Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha.
Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Tak kurang juga kat tempat tinggal aku nie.macam macam ramuan dia orang letak sampaikan rasa macam nak sama dengan pizza.
Tahun ini adalah pengalaman kedua aku bersama2 dengan penduduk taman ini bergotong royong membuat bubur Asyura.
Sejarah hari Asyura
Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).
Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Kononnya, selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh.
Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).

Khasiat buah Delima:

Peningkatan kolesterol jahat boleh menyebabkan risiko kesihatan yang merugikan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolesterol baik dan menurunkan kolesterol jahat.
Delima mengandungi antioksidan yang lebih tinggi berbanding wain merah dan teh hijau. Jika anda memerlukan sumber antioksidan dalam kehidupan sehari-hari, anda perlu pastikan itu adalah antioksidan terbaik. Delima merupakan sumber antioksidan terbaik.
Delima membantu meningkatkan peredaran darah. Ini adalah cara terbaik untuk melindungi diri dari serangan penyakit jantung. Berdasarkan kajian terkini, kandungan antioksidan jus delima membantu mengurangkan pembentukan lemak di dinding arteri. Antioksidan membantu memperbaiki sel yang rosak. Delima mengandungi 'flavonoid'dan 'polyphenol', antioksidan yang dapat melawan penyakit jantung dan kanser.
Jus buah delima kaya antioksidan yang dapat meningkatkan aliran darah ke alat kelamin.
Delima adalah pendekatan yang baik untuk melawan penyakit. Delima dapat meningkatkan pengedaran darah. Kandungan antioksidan yang tinggi dalam buah delima akan membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh dan melawan penyakit. Ini adalah langkah pertama untuk mengelakkan dari menjadi korban serangan jantung atau penyakit jantung.
Minum jus delima baik bagi pesakit diabetes dan menurunkan risiko masalah jantung.